Translate

Tuesday 10 February 2015

BAB 11


فصل  ١١

BAB Ke - 11 :


HUKUM LAM ALIF



Lam alif terdiri daripada dua huruf iaitu : 

·       Lam
·       Alif


Terdapat dua pendapat tentang penulisan lam alif :

1.    Khalil bin Ahmad : huruf yang pertama adalah alif dan yang kedua adalah lam.
2.    Said bin Mus’ad Al - Akhfasy : huruf yang pertama adalah lam dan yang kedua adalah alif.


Tanda yang diletakkan pada lam alif itu ada 3 :

1)  Pada kalimah الأرض , mazhab Khalil meletakkan tanda hamzah kecil pada huruf pertama lam alif. Manakala mazhab Akhfasy pula meletakkan tanda hamzah kecil pada huruf kedua lam alif.

2)  Pada kalimah Lailahaillallah, mazhab khalil meletakkan tanda mad pada huruf pertama dan mazhab Akhfasy meletakkan tanda mad pada huruf yang kedua.

3)  Kalimah haulai pula, mazhab Khalil meletakkan huruf hamzah sebelum lam alif manakala mazhab Akhfasy pula meletakkan huruf hamzah selepas huruf lam alif.



Ulama dhabt mengatakan bahawa tidak perlu meletakkan tanda warna pada huruf tersebut akan tetapi sekadar meletakkan titik bulat berwarna merah di atas huruf lam alif sahaja.

Ilmu Dhabt ini semakin berkembang sehingga muncullah tanda isymam, ikhtilas dan imalah sebagaimana yang tertulis dalam Al-Quran sekarang.



TATIMMAH :

Tidak diletakkan tanda pada peringkat awal. Hukum ‘ya’ yang ada dihujung kalimah
adalah seperti berikut :

1.   Mauqusoh (depan ke belakang) : (    ى (
2.  Ma’qusoh (terbalik)

 Inilah pendapat Abi Daud mengatakan ‘ya’ terbahagi kepada 8 jenis.
                                                      
1)      Berbaris Fathah
2)      Berbaris Kasroh
3)      Berbaris Sukun Hidup
4)      Berbaris Sukun Mati
5)      Ditulis ‘Ya’ Dan Dibaca
6)      Rumah ‘Hamzah’
7)      Ditambah
8)      Dhommah

Pendapat pertama  : 

yang kaji diatas – kesemua 8 tempat diatas ditulis secara terbalik

Pendapat kedua  :  
yang kita amalkan - kesemua 8 tempat diatas tidak ditulis secara terbalik, kecuali pada :

§  Tanda silah
§  Hazaf oleh semua


KHATIMMAH

   Tanda-tanda seperti ayat sajaddah, maqrok, rubu’, khomsah, a’syaroh, saktah, waqof merupakan amalan ulama.

   Mempunyai 3 pendapat iaitu : harus, makhrukh, harus kalau untuk belajar ( tapi mukan mashaf yang asal)

   Tanda saktah : س  kecik
   Tanda waqof :
  
            م     (WAQOF LAZIM)

          قلى   (WAQOF AULA)

          صلى  (WAQOF AULA)

           ج     (WAQOF JAIZ)

           :.  :.  (WASAL  MUTA’ANIQ )


Waqof yang dilarang  ( لا   ) : Adapun tanda ini adalah dilarang berhenti pada kalimah tersebut tetapi diharuskan berhenti jika darurat seperti putus nafas dan sebagainya.


Semua yang disebutkan diatas adalah amalulmutaakkirin untuk menambah pencerahan.