DHABT AL-QURAN
Istilah Dhabt Al-Quran merupakan satu istilah yang tidak asing bagi mereka yang pernah belajar Sejarah Penulisan al-Quran. Tanpa adanya disiplin ilmu ini, saya rasa sukar untuk kita membaca Al-Quran seperti hari ini
Apakah 'Dhabt Al-Quran' ??
'Dhabt Al-Quran' ialah satu disiplin ilmu yang membahaskan mengenai tanda atau simbol yang diciptakan oleh para Ulama' untuk membantu di dalam pembacaan Al-Quran. Contohnya tanda baris atas, bawah, dan depan, tanda sabdu, titik-titik pada huruf dan lain-lain lagi.
Pada zaman Rasulullah s.a.w dan para Sahabat r.a, Al-Quran ditulis tanpa apa-apa tanda @ simbol seperti baris dan titik. Huruf-huruf Hijaiyah (seperti 'ba', 'ta', 'tsa', 'jim' dll) ditulis tanpa titik. Kebanyakan umat Islam ketika itu, mahir dan menguasai ilmu bahasa arab. Ini membolehkan mereka membaca tulisan Al-Quran walaupun tanpa titik, baris, dan simbol-simbol lain.
Kelebihan dan kepentingan Dhabt Al-Quran
Di antara kelebihan dan kepentingan Dhabt Al-Quran ialah :
1. Dapat membaca Al-Quran dengan tepat mengikut hukum tajwid.
2. Menghilangkan kesamaran cara bacaan pada tanda baris dan tanda hukum bacaan seperti tanda sabdu, mad, dan lain-lain.
Jenis Dhabt
Terdapat dua jenis dhabt (tanda), iaitu :
i. Naqt al-I'rab :
Tanda@simbol dalam bentuk baris atas, bawah, dan hadapan
ii. Naqt al-I'jam :
Tanda dalam bentuk titik, untuk membezakan huruf bertitik dan huruf tidak bertitik
InsyaAllah, selepas ini kita akan masuk satu persatu tajuk-tajuk yang dibahaskan dalam ilmu dabt ini.
WaAllahu Ta'ala a'lam
BetMGM Casino PA - Code: JTMR100 (December 2021)
ReplyDeleteBetMGM Casino PA offers 고양 출장마사지 a fantastic $1000 Casino Welcome Bonus! Simply deposit $10 or 시흥 출장안마 more 전주 출장샵 at odds 여수 출장샵 of +200, the bet will 천안 출장안마 be automatically credited as free