BARIS BAGI YANG BERTANWIN
1. Sekiranya, huruf yang bertanwin terletak sebelum HURUF IZHAR ,
yang terdiri daripada
6 huruf yang disepakati iaitu :
>>( ه , ۱, ح , خ , ع , غ , ء )
· Serta 4 huruf tambahan bagi qiraat Imam Abu Ja’far :
>>( ه , ء , ح, خ )
Cara penandaan : tarkib ( تركيب )
2. Sekiranya huruf yang bertanwin itu terletak selepasnya adalah
HURUF SELAIN IZHAR DAN IQLAB , maka,
Cara
penandaan : itba’ ( الاتباع )
3.
Sekiranya huruf yang bertanwin itu terleta selepasnya adalah HURUF IQLAB ,
terdapat
dua mazhab yang membahaskan soal cara penandaan baris .
>>Mazhab
pertama :
* Diletakkan mim kecil
sebagai ganti kepada tanwin dan diletakkan baris merujuk kepada huruf tersebut
merupakan huruf iqlab.
*Ini
adalah pendapat daripada Abu Daud dan ini yang diamalkan.
>>Mazhab
kedua :
*Diletakkan
alamat tanwin dan harakat pada huruf-huruf iqlab.
*Ini
adalah pendapat daripada Ad-Danni.
BARIS
PADA HURUF YANG DUDUK DI SELEPASNYA ( SEBELUMNYA TANWIN)
Huruf
selepas :
1. Huruf izhar , Huruf Ikhfa’ atau Iqlab.
* Akan ditulis baris sahaja
2. Huruf idhgam ( ل , م , ن , ر )
*Akan diletakkan saddah dan
baris sebagai isyarat kepada Idgham Kamil ( idhgam yang sempurna )
3. Huruf idhgam ( و , ي )
*Jumhur ulama’ nu’tah mengatakan tidak akan
meletakkan tanda saddah isyarat kepada Idhgam Naqis bukan Idham Kamil.
* Maka akan mengikut kaedah
izhar ( baris tanwin dalam keadaan tarkib )
*Kecuali pada qiraat-qiraat
yang membaca dengan idhgam, maka akan mengikut kaedah idhgam, isyarat kepada
idham kamil.
4. Hasil pertembungan 2 sukun
KEDUDUKAN
TANDA SUKUN NUN SAKINAH YANG ASLI
Penandaan tanda sukun nun
sakinah yang asli ini bergantung kepada katogari huruf yang terletak di
selepasnya, antaranya :
1) Sekiranya huruf lepas nun sakinah adalah Huruf Izhar
* Maka tanda sukun ini akan
berada diatas nun sebagai isyarat kepada hukum Izhar.
*Huruf –huruf izhar ini terdiri daripada :
o 6 huruf yang disepakati iaitu :
( ه , ۱, ح , خ , ع , غ , ء )
o Serta 4 huruf tambahan bagi qiraat Imam Abu Ja’far :
( ه , ء , ح, خ )
2) Sekiranya huruf selepas nun sakinah adalah huruf SELAIN daripada
Huruf Izhar
*Maka tidak perlu ditulis
tanda sukun sebagai isyarat bahawa hokum tersebut bukannya termasuk dalam hukum
izhar.
3) Sekiranya huruf selepas nun sakinah adalah Huruf Iqlab, disini
terdapat dua mazhab iaitu:
>>Mazhab
pertama :
*Diletakkan mim kecil diatas
nun sakinah tanpa meletakkan tanda sukun sebagai isyarat kepada bukannya hukum izhar
* Ini adalah pendapat Abu
Daud dan inilah yang diamalkan.
>>Mazhab kedua :
*Tidak
diletakkan tanda sukun pada nun sebagai isyarat kepada kepada bukannya hukum izhar
*Ini
adalah pendapat Ad-Danni.
BARIS
PADA HURUF YANG DUDUK DI SELEPASNYA ( SEBELUMNYA NUN SAKINAH)
Huruf
selepas :
1. Huruf izhar , Huruf Ikhfa’ atau Iqlab.
*Akan ditulis baris sahaja
2. Huruf idhgam ( ل , م , ن , ر )
*Akan diletakkan saddah dan
baris sebagai isyarat kepada Idgham Kamil ( idhgam yang sempurna )
3. Huruf idhgam ( و , ي )
*Jumhur ulama’ nu’tah mengatakan tidak akan
meletakkan tanda saddah isyarat kepada Idhgam Naqis bukan Idham Kamil.
>>Di dalam
proses penandaan baris pada huruf yang duduk di selepas nun sakinah,
ulama’ nu’tah mengambil kira
berdasarkan 2 aspek utama, iaitu :
>>Tidak perlu diletakkan tanda saddah , menunjukkan bahawa ia bukan
termasuk dalam hukum izhar dan tidak perlu diletakkan saddah ,sebagai isyarat
kepada ia bukan termasuk di dalam hukum idgham kamil.
>>Akan diletakkan tanda saddah menunjukkan kepada hukum idgham , dan
akan diletakkan tanda sukun diatas nun sebagai isyarat kepada idgham naqis.
>>Pandangan
kedua ni, merupakan pandangan As-Syaiqani , ahli-ahli Nu’tah Morocco dan inilah yang diamalkan.
No comments:
Post a Comment