(Alamat Bagi Setiap Harakat Dan Tanwin )
Harakat
itu terbahagi kepada 3 iaitu :
1. Fathah
*Merujuk kepada alif kecil
yang melintang daripada kanan ke kiri (-)
*Ada perbezaan ulama’ soal peletakan baris fathah ini, antaranya :
* Baris fathah ini
diletakkan di atas huruf ( ini yang diamalkan )
*Baris fathah ini
diletakkan di hadapan huruf (namun ini adalah pendapat yang dhaif )
2. Dhommah
* Merujuk kepada wau soghirah
( wau kecil ) seperti (,)
*Terdapat tiga khilaf ulama’ tentang kedudukan wau ini, antaranya :
*Baris dhommah ini
diletakkan di atas huruf yang didhommahkan itu (ini yang diamalkan)
*Pendapat 2 – baris dhommah itu terletak di hadapan huruf
*Pendapat 3 – baris dhommah itu terletak di bawah huruf
>> Walaubagaimanapun pendapat
kedua dan ketiga merupakan pendapat yang lemah.
- Seterusnya, terdapat juga
khilaf adakah patut dikekalkan kepala wau atau dihazafkannya. Disini terdapat
dua mazhab yang membahaskannya:
>>Mazhab timur (المشارقة ) – mengekalkan kepala wau (,)
dan ini yang diamalkan.
>> Mazhab barat (المغاربة ) – dihazafkan kepala wau dan
berbengkok seperti huruf dal (د) .
3. Kasrah
*Berbentuk ya’ yang dalam keadaan terbuka dan diterbalikkan (>) dan
diletakkan di bawah huruf.
*Bentuk ya ini juga akan
dihazafkan kepalanya dan berbentuk ( _ )
Cara
penandaan baris ini sebenarnya meliputi semua baris termasuklah ketika :
1. I’rab
2. Ketika baris itu dalam keadaan binna’
3. Ketika baris itu dalam keadaan mabni
4. Ketika dalam keadaan naqal
5. Atau dalam keadaan bertemu dua sukun
P/s :
Kecuali pada huruf-huruf hijaiyyah.
Walaubagaimanapun
terdapat dua mazhab yang berbincang soal penandaan baris pada huruf hijaiyyah.
>>Mazhab timur (المشارقة ) – mengatakan tidak perlu
ditulis pada huruf hijaiyyah.
>> Mazhab barat (المغاربة ) – mengatakan perlu ditulis
baris pada huruf-huruf hijaiyyah.
Adapun
pada huruf TANWIN, baris akan ditambah mengikut baris yang sedia ada. Sekiranya baris tersebut berbaris fathah, akan ditambah dengan baris fathah dan begitulah
seterusnya.
APA ITU
TANWIN ?
Merujuk
kepada baris yang ditambah ( منونا )
**Terdapat khilaf sama ada
perlu menanbah huruf ن atau tidak.
** Sekiranya hendak ditulis,
huruf ن tersebut akan diganti baris alif ( ا )
**Namun begitu baris alif
ini hanya akan ditulis sekiranya dalam keadaan mansub
Dan tidak
akan ditulis dalam empat keadaan
1. Mansub tetapi akhirnya huruf hamzah ( ماء )
2. Diakhiri dengan ha’ taknis رحمة ) )
3. Huruf yang majrur ( huruf duduk selepas huruf jar) (من غفور )
4. Huruf yang marfu’ بالمؤمنين رؤف رحيم ) )
Terdapat
4 mazhab yang menulis alif sebagai tanda tanwin iaitu :
1. Mazhab Khalil dan sebahagian mazhab ahli timur
** Menulis baris tanwin
diatas huruf sebelum huruf alif.
2. Mazhab As-syaiqani , ahli Muqarabbah , ahli madinah , ahli kuffah
dan ahli Basrah
**Menulis bari tanwin diatas
baris alif
3. Alamat harakat ditulis diatas huruf, manakala alamat tanwin
ditulis diatas alif.
4. Alamat harakat ditulis diatas huruf ,
kemudian ditambah pula satu lagi baris bagi alamat tanwin seperti (=) diatas alif.
P/s :
akan tetapi mazhab ketiga dan keempat adalah mazhab yang dhoif .
Keempat-empat
mazhab ini, diaplikasikan dalam tiga keadaan , iaitu :
1. Ketika mansub
2. Ketika majrur
3. Ketika maksur
Bagi
keadaan pertama yang tidak akan ditulis alif iaitu : Mansub tetapi akhirnya huruf hamzah ( ماء ), terdapat tiga pendapat cara peletakan baris tanwin (=)
iaitu:
1. Diletakkan diatas hamzah ( ini yang diamalkan )
2. Diletakkan diatas alif kecil yang terletak selepas huruf hamzah.
3. Dijadikkan alif kecil sebelum hamzah dan alif pada huruf mim,
sementara hamzah diletakkan di dalam rumah mim dan ditambahkan dengan tanda
tanwin atas hamzah.
>>Akan
tetapi, mazhab kedua dan ketiga merupakan mazhab yang dhoif.
terima kasih atas perkongsian :) nak tanya skit tentang tarikh al mushaf sbb ssh nak jmpa nota nya. harap dpt tlg ye .
ReplyDelete