BAB 3
HUKUM BAGI SETIAP HURUF YANG SUKUN DAN HUKUM HURUF YANG BERBARIS SELEPASNYA
HUKUM BAGI SETIAP HURUF YANG SUKUN
ASAL USUL TANDA SUKUN
Berdasarkan
beberapa pandangan, iaitu
>> Pandangan
Khalil bin Ahmad
* Alamat sukun berasal dari
kepala jim ( ج ) daripada perkataan جزم yang bermaksud terputus ( dari satu huruuf ke huruf yang lain
).
>> Pandangan
kedua
* Alamat sukun berasal
daripada kepala ha’ (ح) berdasarkan lafaz استرح yang bermaksud rehat ( rehat dari menggerakkan mulut )
>>Pandangan
ketiga
* Alamat sukun itu berasal
daripada kepala kha’ (خ) daripada lafaz خفف yang bermaksud ringan ( ada pergerakan namun sedikit sahaja )
>>Pandangan
Abu Daud
* Alamat sukun itu berasal
daripada bulatan kecil (o)
* Ini adalah pandangan
kebanyakan Ahli Nu’tah Madinah, sebahgain Ahli
Nu’tah Barat dan sebahagian
daripada ahli-ahli Nu’tah Barat.
>>Pandangan
Ahli Madinah
* Alamat sukun itu berasal
daripada huruf ha ﮬ
TEMPAT DAN KEDUDUKAN SUKUN
Terdapat
dua pandangan :
Pertama :
* Akan
ditulis diatas huruf sekiranya huruf yang sukun itu HURUF IZHAR dan tidak pada
huruf idgham.
* Menunjukkan
isyarat kepada perlunya mengizharkan sebutan huruf tersebut
Inilah
yang diamalkan.
Kedua :
*Akan
ditulis sukun diatas semua huruf yang sukun ( tidak khusus kepada huuf izhar
sahaja )
*Ini
adalah pendapat yang dhoif.
HUKUM HURUF YANG BERBARIS SELEPASNYA SEKIRANYA HURUF SELEPAS ADALAH : HURUF IDHGAM KAMIL
* Perlu letak tanda saddah
* Sebagai isyarat kepada
sempurna idhgam ( makhraj huruf yang sekun itu tidak lagi kedengaran) huruf
yang sukun itu dengan huruf yang selepasnya.
- قد سمع
HURUF
IDGHAM NAQIS
Terdapat
dua mazhab :
>>Mazhab
pertama :
*Tidak perlu letak tanda sukun
diatas huruf yang idham naqis sebagai isyarat ianya bukan hukum izhar.
*Dan tidak perlu tanda
saddah padanya isyarat kepada ia bukan hukum idgham kamil.
*Inilah yang diamalkan.
* أحطت
>>Mazhab
kedua :
*Perlu letak tanda saddah
isyarat kepada ianya adalah hukum idgham
* Dan perlu juga diletakkan
tanda sukun diatas huruf yang diidghamkan itu isyarat kepada ini hukun idgham
naqis.
*Pandangan ini diamalkan
boleh sebahagian Ahli-ahli Nu’tah Barat.
HURUF
SELEPAS ADALAH HURUF HIJAIYYAH
Sekiranya
huruf hijaiyyah tersebut adalah HURUF IZHAR
*Sila rujuk kepada nota
diatas.
*Hukum penandaan bagi huruf
hijaiyyah yang Izhar adalah sama seperti Huruf Izhar di atas.
Sekiranya
huruf hijaiyyah tersebut adalah HURUF IDHGAM
*Sila rujuk kepada nota
diatas.
*Hukum penandaan bagi huruf
hijaiyyah yang Idgam adalah sama seperti Huruf Idgham di atas
No comments:
Post a Comment