TANDA BAGI HURUF YANG BERSYADDAH
Penandaan huruf bertasydid
Terdapat
khilaf ulama pada huruf bertasydid sama ada perlu meletakkan tanda atau tidak.
* Sebahagian ahli Iraq
mengatakan: Meletakkan harakat pada
huruf pertama dan bakinya tidak perlu.
* Jumhur ulama pula
mengatakan perlu meletakkan tanda tasydid.
>>Berlaku
khilaf dalam cara meletakkan tanda :
· Pendapat pertama,Mazhab
khalil bin ahmad dan pengikutnya :
I. Meletakkan kepala (syin)
tanpa titik.
II. Diletakkan diatas huruf.
III. Diambil dari perkataan
(syin) kerana huruf awal mengalahkan huruf yang lain.
IV. Apabila keadannya fathah
atau dhommah diletakkan tanda itu pada atas huruf.
V. Inilah yang diamalkan
sehingga sekarang dan di sokong oleh abu daud.
* Pendapat lain pula mengatakan ,
i. Tanda fathah dan dhommah
diletakkan didepan huruf.
ii. Tanda kasrah diletakkan di
bawah dan bukan diletakkan pada satu tempat.
iii. Pendapat lain, kasrah
diletakkan atas huruf dan di bawah tasydid. Tetapi ianya dhoif.
· Pendapat kedua,ahli
madinah madinah dan pengikutnya ahli Andalusia menggunakan huruf dal yang
senget sedikit. Diambil dari perkataan (syidda) yang bermaksud bersangatan.
Dikatakan lebih bagus dari (syin) kerana ada dua dal dalam tiga huruf dalam
satu kalimah, menjadi pilihan kerana mejoriti. Di letakkan di atas huruf secara
terbalik apabila ia fathah, di letakkan di depan secara menunggeng apabila dhommah dan di bawah apabila kasrah.
Kesimpulannya :
1) Meletakkan tasydid tanpa perlu meletakkan baris.
2)
Meletakkan kedua-duanya.
3) Ada
baris ada tasydid kalau dihujung sahaja, kalau bukan di hujung letak tasydid
sahaja tanpa baris. Ini kerana tanda tasydid dihujung selalu bertukar.
No comments:
Post a Comment